Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, April 27, 2010

Abdul Rauf..Abdul Rauf..




Anak ummi sudah 4 bulan!

Alhamdulillah, harini genap usia anak ummi 4 bulan. Abi ambil cuti harini, banyak hal katanya. Nak pergi bayar bil, beli tiket bas untuk adik dan bawa abdul rauf untuk check up pada sebelah petang. Syukur, anak ummi semakin besar dan sihat. Berat pun sudah bertambah ke 5.66kg walaupun agak sedikit naiknya berbanding bulan lepas yang hanya 5.40kg. Mm..takpela abdul rauf, yang penting anak ummi kuat, sihat dan baik2 sahaja. Tengahari tadi kak long saya datang dari kajang, cuti juga harini, siap masakkan makanan tengahari untuk kami di rumah. Rajin maklong abdul rauf ni. Lauk special pula tu, ketam masak lemak cili api, ayam goreng, sambal petai dan ikan masin. Ayah juga datang tetapi balik kerana kami akan ke klinik kesihatan pula lepas itu.

Sabtu

Sabtu pagi lepas mak mertua saya serta 2 adik datang dari terengganu. Pagi itu kami ke program Haluan "Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia" yang diadakan di Masjid Wilayah, KL. Kami sempat mengikuti beberapa slot sahaja kerana pulang selepas solat zuhur.

Ahad

Pagi ahad pula kami ke rumah along, abang ipar saya kerana ada kenduri akikah. Selepas itu kami ke Kelana Jaya pula iaitu ke rumah ayah saudara suami saya kerana die juga membuat kenduri kesyukuran. Balik dari Kelana Jaya kami bersiap memandangkan kami akan menghantar mak mertua serta adik2 ke stesen putrajaya sentral untuk pulang ke terengganu.
Alhamdulillah, macam2 tempat dapat pergi hujung minggu lepas. Memang penat tapi best juga sebab dapat berjalan dan jumpa ramai ahli keluarga. Paling kasihan abdul rauf la, tak cukup tidur..hehe.

Monday, April 5, 2010

Putera sulung kami




Bismillahirrahmanirrahim
Syukur ke hadrat illahi atas segala limpah kurnia-Nya.
Lamanya saya x update blog ini
Al-maklumlah sejak sarat mengandung hinggalah sekarang, tak cukup masa nak berinternet.
Alhamdulillah kami dikurniakan 'hadiah' dari Allah pada 26 Disember 2009 lalu yang telah kami namakan Abdul Rauf Bin Abdul Rahman (yang bermaksud hamba Allah yg Maha Pengasih). Syukur atas izin-Nya dapat saya rasa bagaimana rasanya melahirkan dan pengalaman yang paling hebat lagi adalah menjadi seorang ummi.

Debaran
Masih segar dalam ingatan pada hari itu, 25 Disember 2009 iaitu hari sabtu. Sememangnya setiap sabtu pagi kami akan ke KPMC Kajang untuk membuat check up. Kebetulan pula haritu kecik bertunang di Rawang, ingat nak terus ke sana lepas habis check up. kononnya nak buat surprise kat die nak datang rumah die juga walau last min..Tapi doc kata da bole masuk wad sebab da ade bukaan sikit. Sebab belum ada tanda lagi, saya pun ajak abi ke rumah along dulu (sebenarnya takut nak bersalin hehe). Lepas sampai rumah along dah turun darah, dengan perlahannya kami kembali ke KPMC untuk saya menyerah diri..
Alhamdulillah pada pukul 4.54 petang Abdul Rauf pun keluar melihat dunia. "Welcome to our family my prince".

Saturday, November 14, 2009

1 year anniversary

Alhamdulillah, hari ni genap setahun pernikahan saya & suami. Pagi tadi sempat pergi check up di KPMC Kjg, kandungan dah genap 33 minggu..Kene injection untuk elak kancing gigi sekali..mm..sakit..abi kata sebab bahu saya takde isi sangat, sebab tu sakit.Abi senyum je tengok saya kene inject tadi..geram betul..ingatkan nak suruh doctor tu inject abi sekali.Start awal minggu ni, perut dah mula rasa tegang, tidur malam pun dah mula tak lena..kenala banyakkan bersabar kan..mesti orang kat dalam perut ni dah tak sabar nak keluar. Doktor pun kata tadi perut saya lebih keras dan tegang dari biasa..takut jangkitan kuman je..so, doctor bagi antibiotik je untuk makan..Doakan saya ye..

Wednesday, September 30, 2009

Idulfitri 2009

Bismillahirrahmanirrahim..
Berlalunya Ramadhan sudah..sedih juga rasa.Alhamdulillah saya dapat berpuasa penuh Ramadhan kali ini. Ramadhan yang diharungi bersama kandungan yang hampir mencecah usia 6 bulan..Semuanya dengan izin Allah..dapat juga saya melalui Ramadhan kali ini dengan baik bersama suami dan keluarga..
Syawal pertama kali ini sedikit berbeza kerana tahun pertama beraya bersama suami tercinta.
Raya pertama di rumah along di kajang, petang baru balik rumah keluarga mertua.
Agak sedih raya pertama kali ini, cik Din telah kembali ke rahmatullah (semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh-Nya, amin..). Tahun ini juga adalah tahun ketiga Syawal pemergian arwah mama..Bagaimanapun alhamdulillah, kami dapat meraikan Syawal ini dengan serba sederhana bersama 4 beradik dan ayah walaupun sekejap.

Wednesday, June 24, 2009

Doa


Syurga buat mukmin

Alam syurga yang mana telah dijanjikan buat orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Bukankah Allah S.w.t telah mengkhabarkan kepada kita : “ Dan pimpinlah orang-orang yang bertaqwa (memenuhi kewajiban) ke dalam syurga berbondong-bondong, sehingga apabila mereka mendatanginya, dibukakan pintu-pintunya, dan penjaga-penjaganya berkata: Selamat sejahtera untuk kamu! Kamu telah melakukan yang baik, maka masuklah kamu ke dalamnya buat selama-lamanya.” (Az-Zumar:73)


Doa
Ya Allah,
Lindungilah aku dari kesesatan dunia,
Demi akhirat yang kekal abadi.
Ya Allah,
Jauhilah aku dari pengaruh buruk yang mungkin tidak aku sedari,
Untukku menjadi seorang muslimah yang diberkati.
Ya Allah,
Jadikanlah aku isteri yang solehah,
Suami yang soleh serta zuriat yang terpuji.
Ya Allah,
Kurniakanlah aku rezeki yang halal dan kesihatan yang baik,
Agar aku dapat terus sujud menghadap Illahi.
Ya Allah,
Kuatkanlah iman dan taqwaku,
Terimalah amalanku, terimalah taubatku..
Sesungguhnya aku berlindung dari azabmu Ya Allah..
Berkatilah segala yang telah kau turunkan kepadaku..
Ya Allah,
Aku memohon belas kasihan dari-Mu,
cucurilah rahmat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan para sahabatnya
Juga buat arwah ibuku, keluargaku serta seluruh muslimin dan muslimat sekalian..
Amin ya rabbal A'lamin..




Tuesday, June 23, 2009

Semalam, hari ini dan esok


Puasa

Semalam,saya berpuasa lagi. Bimbang juga dengan keadaan badan yang tidak menentu kebelakangan ini. Ada rasa pening, sakit perut, loya dan muntah juga ketika di pejabat. Nasib baik sempat ke tandas. Abi kata, "mungkin baby dalam tu dok lompat-lompat kot"..haha, kelakarla.
Tapi alhamdulillah, saya berjaya menympurnakan puasa semalam hingga masuknya waktu maghrib.
Sempat juga memasak menggunakan air tangan sendiri untuk suami walaupun tiba lewat di rumah. Dapat juga kusajikan abi dengan hidangan sup ayam, udang goreng kunyit serta timun dan sambal belacan.

Sabar dan Redha
Pengalamanku sekarang mengajarku untuk lebih bersabar dan memberi lebih makna dalam kehidupan.
Perasaan bagaimana rasanya apabila mengetahui ada makhluk kecil didalam perutku. Kadangkala abi yang lebih ambil berat kerana posisiku duduk atau baring tidak sesuai. Kini saya lebih berhati-hati dalam menjalankan aktiviti harian, sedikit berbeza dengan saya yang sebelum ini yang agak sedikit kasar. Namun, kadangkala saya agak terkilan apabila teringat pada arwah mama yang pergi sebelum sempat melihat cucunya. Setiap kali teringat akan arwah, saya akan menyedekahkan surah fatihah dan berdoa untuknya. Semoga Allah sentiasa memelihara arwah ibuku..Amin.

Rejab dan Ramadhan
Rabu ini insyallah akan masuklah kita ke bulan Rejab dan masih ada kira-kira 59 hari sebelum tibanya Ramadhan, bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Insyallah, marilah kita bersama-sama berpuasa sunat 1 Rejab nanti. Bagaimana agaknya Ramadhan pertamaku disamping abi sebagai seorang isteri. Semoga Ramadhan kali ini penuh dengan keberkatan-Nya dan semoga kami dapat menunaikan amal sebanyak yang boleh. Semoga saya juga dapat berpuasa seperti biasa dan semoga saya, abi, keluarga dan semua umat Islam sejahtera hendaknya..amin.




Selamat Hari Bapa



"Selamat Hari Bapa, Ayah"

Teringat kembali waktu kecil dahulu. Ayah menjaga dan melayan 4 orang anak perempuannya. Aku selalu tertanya bagaimana agaknya perasaan ayah kerana tiada anak lelaki dalam keluarganya. Aku juga masih teringat yang ayah pernah menjawab dengan gurauan kepada kawannya yang namaku Fadil ketika aku dibawa keluar bersamanya waktu kecil dahulu. Aku juga pernah gemar berpakaian seperti budak lelaki ketika kecil dahulu.

Ketika kecil dahulu, aku sering mengikut ayah menaiki motorsikalnya samada ke kedai, pasar atau ke mana saja. Akan tetapi ayah tidak mahu membawa adik, mungkin kerana dia masih kecil dan agak leceh untuk dibawa bersama. Adik pula pantang apabila tahu yang ayah mahu menaiki motornya. Yang lucunya, untuk mengelakkan adik mengikut sama, ayah akan menyuruhku tunggu di hujung jalan dan kemudiannya dia akan mengambilku di sana.

Ayah juga pernah memiliki motor vespa, motosikal yang pada mulanya amat malu untuk aku naiki bersama. Aku menggelarkan motor itu "motor kerbau". Tapi adik sangat suka menaiki motosikal itu bersama ayah. Ketika di sekolah rendah, ayah akan menghantar dan mengambilku di sekolah setiap hari. Sungguh besar jasa ayah..Terima kasih ayah..